Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Merujuk kepada surat edaran daripada Pengarah Pelajaran Negeri Johor yang bertarikh 2 Januari 2012. No. Rujukkan : BTPN(JOH)/8871/13/( ) (surat dalam format PDF dilampirkan) setiap daerah di negeri Johor dikehendaki melaksanakan Pemilihan Tokoh NILAM bagi peringkat daerah dengan kadar segera. Ini kerana pada awal 22-24 Februari 2012, Majlis Anugerah Tokoh NILAM peringkat negeri akan diadakan. Oleh yang demikian, setiap sekolah yang berminat untuk menghantar wakil dikehendaki menghantar borong pencalonan ke PKG masing-masing pada atau sebelum 18 Januari 2012.
Sila muat turun borang di bawah ini :
1. Borang Pencalonan Pemilihan Tokoh NiLAM Daerah Batu Pahat 2012
2. Folio Tokoh NiLAM Daerah Batu Pahat 2012
3. Surat Pencalonan Tokoh NiLAM Daerah Batu Pahat 2012
Makluman :
* Surat siaran Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Batu Pahat 2012 telah dimasukkan ke dalam pigeon hole setiap sekolah daerah Batu Pahat oleh staf Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat.
*Tarikh hantar borang pemilihan Tokoh NILAM Daerah Batu Pahat adalah pada hari Rabu 18 Januari 2012 ke PKG Zon masing-masing. Kelewatan penghantaran borang tidak akan dilayan.
*Wakil Tokoh NILAM peringkat sekolah yang dicadangkan adalah dari pelajar Tahun 6 untuk sekolah rendah dan Tingkatan 5 untuk sekolah menengah. Kreteria yang dipilih perlu berdasarkan bacaan tertinggi Jauhari & Rakan Pembaca, Pencapaian Akademik terbaik dan Gerko (Persatuan/Kelab/) peringkat tertinggi - Kebangsaan/Negeri/Daerah & Zon dalam bidang yang berkaitan.
* Sebarang pertanyaan berkenaan Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Batu Pahat 2012, sila hubungi Pusat Kegiatan Guru zon sekolah masing-masing. Harap maklum.
Sekian terima kasih,
Urusetia Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Batu Pahat 2012. |